Salam sejahtera semua!
Setelah saya menulis di blog saya kelmarin, saya diberitahu beberapa teman yang Bahasa Melayu saya ini ada pelik sedikit. Satu diantara perkataan yang mereka keliru ialah mengapa saya menggunakan ‘Juli’ dan buka ‘Julai’.
Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa saya sendiri kadang kala keliru kerana bapa saya warga Indonesia dan pada saat ini bermastautin di Indonesia setelah lebih dua puluh tahun tinggal dan bekerja di Singapura. Jadi, sejak kecil lagi, saya kerap mendengar bapa saya berbahasa Indonesia dan kadang kala dalam bahasa Jawa.
Untuk lebih mengelirukan lagi, saya juga membaca majalah ataupun suratkhabar yang selalu dibeli dari Indonesia selain membaca Berita Harian terbitan Singapore Press Holdings. Pada masa yang terdekat ini, saya kerap berulang-alik ke Indonesia untuk bertemu ibu bapa saya dan setiap kali di sana, saya perlu berbahasa Indonesia dan menonton program terbitan Indonesia setiap hari.
Oleh itu, bahasa Melayu saya adalah kacukan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.
Tapi seteruk-teruk bahasa saya, saya rasa wakil Majlis Bahasa yang mengendalikan lelaman Facebook Bulan Bahasa harus lebih berwaspada lagi kerana dalam satu mesej yang berbalas antara seorang pengguna Facebook dengan Bulan Bahasa, ada beberapa perkataan yang digunakan mungkin kurang memuaskan atau tidak ditekan tombol komputer dengan betul.
Saya berharap mungkin pengendali Facebook Bulan Bahasa dapat meneliti apa yang ingin ditaip sebelum ditekan ‘Enter’ (takkan saya nak tulis Masuk, nanti awak tanya Masuk mana pula!)
Namun begitu, percubaan yang baik untuk Bani Muhamad Iyad yang mencuba menggunakan Bahasa Melayu!
Hi, there! I’ve heard you have posted something about me. What is it about?
LikeLike