Doa dapat, Neraka pun dapat

(I’m going to do this entry in Malay, but you’ll be able to read it English, if you decide to do the translation! LOL)

Sebentar tadi, saya menonton sebuah dokumentari bertajuk, ‘Ekslusif’ di RTM 1. Ia adalah sebuah dokumentari yang cukup menakjubkan kerana berkenaan dengan alam yang berbeza.

Wartawan telah melawat beberapa lokasi di Malaysia dimana banyak kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam dilakukan oleh orang-orang Islam. Salah satu daripadanya yang juga kerap berlaku di Singapura dan di merata dunia ialah membuat permohonan atau doa melalui orang yang dipercayai alim ataupun bermukjizat sewaktu hidupnya, yang kini sudah wafat.

Dalam dokumentari tersebut, orang-orang Islam dan juga termasuk orang bukan Islam banyak berkunjung ke sebuah kubur/makam dan berdoa ataupun memberikan ‘hadiah’ buat penghuni kubur/makam tersebut sebagai pelancar untuk doa ataupun permintaan/permohonan mereka dikabulkan.

Ini adalah sebuah perbuatan yang syirik dari segi agama Islam.

Ramai diantara orang Islam, tidak kira berpelajaran ataupun tidak mempercayai yang doa atau permintaan yang dibuat melalui orang alim yang sudah wafat boleh cepat dikabulkan.

Tuan tuan dan puan puan sekalian, orang yang sudah wafat dan ditanam 7 kaki dibawah tanah tidak dapat membantu kita sama sekali. Doa, permintaan dan permohonan yang anda buat seharusnya dibuat secara langsung kepada tuhan, bukan melalui ‘pengirim pos’ yang sudah wafat.

Di Singapura, ada juga yang melawat Makam Habib Noh untuk membuat sedemikian. Kalau nak doa, permintaan mahupun permohonan dikabulkan, silalah banyak berzikir, bersabar dan bersolat. Perbuataan syirik itu murka di sisi tuhan dan kepada mereka yang menduakan atau meletakkan kepercayaan mereka kepada lain selain dari tuhan, maka anda akan diletakkan di dalam neraka apabila mati nanti.

Janganlah jadi orang bodoh yang diperdayakan dengan permainan Iblis.

Dalam sebuah dokumentari Indonesia juga, pernah saya tontoni dimana badan seseorang itu disampuk oleh makhluk syaitan. Badan yang disampuk itu berbicara dan berterus-terang dengan Ustaz dan Ustazah yang menemuramah makhluk tersebut. Makhluk tersebut mengaku yang doa ataupun permintaan yang dilakukan oleh manusia tidak dapat mereka tunaikan. Yang dapat menunaikan doa ataupun permintaan manusia hanyalah tuhan sahaja.

Saya amat berharap agar mereka yang gemar meletakkan kepercayaan ke atas kubur orang alim berhenti kerana saya tak rasa orang alim itu ada mengajar sesiapa pun untuk membuat permintaan melaluinya apabila dia wafat kelak, jika ada yang berkata sedemikian, adalah lebih baik jika anda angkat kaki dan jalan!

12 thoughts on “Doa dapat, Neraka pun dapat

  1. Pingback: Daily SG: 30 Mar 2012 « The Singapore Daily

  2. Salam aku rasa kau nie yg tak paham ttg lawatan seseorang di makam habib noh….sama jugak bila org ziarah makam abi waqas di guang zhou china….so baik berhati hati bila bercakap….salam

    Like

  3. Memang benar. Fenomena ni amat menyedihkan. Ramai sungguh yang terpedaya dgn tipu daya syaitan menyesatkan manusia. Lagi sedih apabila ajaran sufi semakin merebak di singapore dan malaysia. Muslim hari ini patut kembali kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah bukan ikut sahaja amalan mereka yang nampak alim dan warak. Pastikan sesuatu amalan itu berlandaskan Quran dan sunnah. Semoga Allah melindungi semua umat Islam dari kesesatan. Aameen.

    Like

  4. Abdillahzamzuri baik kau pergi perlajan tauhid sblum nak cerita tentang zairahi kubur alim atua agama. Taubat lah saudara. Jgan menhina keturunggan RASULLULLAH. S.A.W tptlah adalah jahanman.

    Like

  5. Saudara Abdilla Zamzam jagan sebarangan berbicara tentang ziarah makam para wali dan aulia. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, kalau setakat tamat sekolah kafa tidak ada kelayakan langsung untuk kamu berbicara tentang sufi dan amalan ziarah makam para aulia, bahkan lulusan sarjana usuluddin pun kalau mereka tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan solihin (kaum tua yg mutawaddi’in) mereka tidak mempunyai futuh untuk membicarakannya.
    Siapa sebenarnya yang diperdayakan iblis. setakat mempunyai ilmu kewartawanan sebenarnya tiada layak kamu menulis tentang persoalan keramah fan mujizat.
    Jangan kamu menyakiti para wali dan aulia kerana mereka itu amat hampir dengan Allah SWT dan Rasullullah SAW.
    Jangan kamu fikir kematian mereka itu sama dengan kematian orang awam (golongan seperti kamu)
    “Kematian mereka itu hanya terpisah antara jasad dengan roh mereka sahaja, mereka masih menerima rezeki dari Allah SWT”

    Like

  6. Btol jgk bro.. kadang aku tgk pon tk ok jek doa mintak dgn si mati.. kalau hidup ok la.. mcm tk kene dgn fitrah manusia gitu.. pasal stahu aku doa pada Allah jek.. allahhuma dan ya rabb jek kandungan doa.. bukan ya sifulan..

    Like

  7. “I’m no religious scholar or even qualified to be preaching about religion cause I am full of flaws myself but I am still entitled to give my personal views, don’t I?”
    Ini kata-kata anda dalam blog anda sendiri. Kalau tidak memahami, lebih baik diam dari berkata-kata. Hendaknya belajar berenang sebelum menyelam.

    Like

  8. Salaam.
    Pada pandangan saya, bagi mereka yg tak berminat untok menziarah makam2 para2 Wali2 Allah ni kerana mungkin berpandangan selepas binasa jasad seseorang itu makq terhapus semuanya termasuk juga Roh orang2 ini, maka yang baik dan molek nya jangan kita sebokkan orang2 yg mahu menziarah. Jangan menyalah kan kerja orang2 yg mahu bertawassul melalui para2 Wali ini. Kalau sendiri ingat tk berminat untok menziarah, kenapa pula sebokkan orang yg mahu menziarah. Kenapa kita sebok nak tengok kain orang yg koyak sementara merasakan kain yg kita pakai serba baik dan molek.

    Like

  9. Salaam.

    Pada pandangan saya, bagi mereka yg tak berminat untok menziarah makam2 para2 Wali2 Allah ni kerana mungkin berpandangan selepas binasa jasad seseorang itu makq terhapus semuanya termasuk juga Roh orang2 ini, maka yang baik dan molek nya jangan kita sebokkan orang2 yg mahu menziarah. Jangan menyalah kan kerja orang2 yg mahu bertawassul melalui para2 Wali ini. Kalau sendiri ingat tk berminat untok menziarah, kenapa pula sebokkan orang yg mahu menziarah. Kenapa kita sebok nak tengok kain orang yg koyak sementara merasakan kain yg kita pakai serba baik dan molek.

    Like

Share your thoughts on this post!