Ingin Jadi Seorang Jurulatih/Pensyarah Bebas? – Bahagian 2

Dalam sebuah tulisan yang sebelumnya, saya sudah pertikaikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang sebelum menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas di mana anda boleh baca di sini (Ingin Jadi Seorang Jurulatih/Pensyarah Bebas?).

Perkara-perkara yang telah dibincangkan ialah Perancangan dan Persiapan seseorang itu dari segi Disiplin diri.

Setelah anda memupuk Disiplin di dalam diri anda, perkara seterusnya yang perlu untuk dilakukan ialah untuk memastikan industri manakah yang ingin anda ceburi.

Pastinya mungkin anda sudah mempunyai sebuah industri yang anda ingin tetapi buat mereka yang belum lagi ada, saya harap apa yang akan dibincangkan berikutnya dapat membantu anda.

Mungkin ramai dikalangan kami semua mempunyai minat yang banyak dan berbeza, dan mungkin juga ada diantara kami sedang menceburi ataupun meluaskan minat mahupun keahlian tersendiri melalui kerja yang sedang dilakukan. Namun, sebagai seorang jurulatih/pensyarah bebas, minat ataupun cita rasa sungguh penting agar kami dapat terus menceburi bidang itu, mencari nafkah dan yang paling penting, meraih kepuasan dari apa yang dilakukan.

Saya akan menggunakan diri saya sebagai contoh.

Saya mempunyai minat dalam:

  • Kerja Kebajikan/Sukarelawan
  • Bekerjasama dengan anak-anak muda
  • Pembelajaran
  • Drama/Lakonan
  • Bertutur/Bercakap
  • Bersukan

Melalui minat saya yang tertera di atas, saya boleh cuba untuk menceburi Industri berikut:

  • Kemasyarakatan (Social Service)
  • Pembelajaran (Education)
  • Lakonan Pentas/TV (Stage/TV Acting)
  • Sukan (Sports)

Setelah itu, langkah berikutnya ialah untuk memastikan sama ada saya mempunyai Pengalaman di dalam Industri tersebut dan saya akan catatkan pengalaman berserta pencapaian yang telah diraih seperti berikut.

KEMASYARAKATAN

  • Relawan bersama Wisma Mendaki sebagai seorang Mentor – 6 tahun
  • Best ‘Big Brother’ Award – 2006
  • ‘Most Outstanding Group’ Award – 2007, 2009
  • Anggota Angkatan Kapal Belia Jepun – ASEAN – 2007
  • Anggota Program Pembimbing Belia Persatuan Rakyat – 2009
  • Relawan bersama Persatuan Rakyat – 3 tahun

PEMBELAJARAN

  • Eksekutif Program Luar Darjah (CCPE) di Maktab Rendah Kebangsaan – 2 tahun
  • Guru Sambilan – 1 tahun

LAKONAN

  • Anggota kumpulan ‘Theatre Compass’ – 2 tahun
  • Anggota kumpulan ‘Sang Singa Purba’ – 7 tahun
  • Kru belakang pentas Gentarasa 2007
  • Pengurus pentas dan lampu pementasan Kotak di Drama 10 Minit, Kuala Lumpur 2009
  • Pelakon dalam Muzik Video Hari Kebangsaan – 3 tahun

SUKAN

  • Anggota skuad bolasepak Sekolah Rendah Chongfu – 2 tahun
  • Anggota Atletik acara larian dan lompat jauh Sekolah Rendah Chongu – 2 tahun
  • Anggota Silat ESHA – 2 tahun
  • Anggota skuad pemilihan bolasepak sekolah MILO – 1 tahun
  • Anggota Atletik acara larian dan lompat jauh Sekolah Menengah North View – 2 tahun
  • Anggota skuad bolasepak Rumah Falcon Sekolah Menengah North View – 4 tahun
  • Tempat kedua pertandingan bolasepak antara Rumah Sekolah Menengah North View – 4 tahun
  • Anggota skuad pemilihan bolasepak Clementi Khalsa
  • Anggota skuad Ragbi Politeknik Singapura – 2 tahun
  • Tempat kedua ‘M1 Open’
  • Anggota skuad Atletik acara larian Kelab Bahasa Melayu Politeknik Singapura – 2 tahun
  • Anggota skuad Takraw Balai Polis Woodlands – 2 tahun
  • Tempat kedua Pertandingan Takraw anjuran Divisyen Polis Jurong
  • Anggota skuad Bola Tampar Tepi Pantai Balai Polis Woodlands – 2 tahun
  • Suku-akhir Pertandingan Bola Tampar Tepi Pantai anjuran Divisyen Polis Jurong
  • Anggota skuad Atletik Divisyen Polis Jurong – 2 tahun

Selesai menyenaraikan Pengalaman dan Pencapaian, saya harus membuat penilaian mengikut kemampuan saya secara fizikal dan mental untuk membuat pemilihan yang terbaik.

Mengikut apa yang telah tertera, penglibatan saya dalam SUKAN adalah yang terbaik sekali tetapi, memandangkan umur saya yang sudah agak lanjut dewasa dan juga kerana saya belum pernah bertanding di arena sukan antarabangsa mahupun di luar negeri, ini adalah satu industri yang mungkin, adalah lebih baik untuk saya terus ceburi sebagai sebuah minat sahaja dan bukan untuk dijadikan kerjaya.

Dari itu, saya mempunyai tiga pemilihan iaitu KEMASYARAKATAN, PEMBELAJARAN dan LAKONAN.

Untuk langkah yang berikutnya, saya akan membincangkan dalam blog yang seterusnya.

Buat masa ini, saya harap anda yang ingin menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas dapat mencuba aktiviti yang di atas dahulu.

(Anda mungkin mempunyai sebuah Industri yang tidak berada di dalam senarai Pengalaman anda. Tuliskan juga dan catatkan pengalaman yang bagaimanakah yang anda perlukan untuk menceburi bidang tersebut)

Penulis ialah seorang jurulatih/pensyarah bebas berkelulusan Diploma Antarabangsa untuk Guru-guru dan Jurulatih dari Universiti Cambridge dan berpengalaman dalam melatih jurulatih-jurulatih baru bersama beberapa syarikat dalam negeri. Beliau juga adalah Pengarah syarikat By Definition Pte Ltd.

Share your thoughts on this post!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s