Mahukah anda menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas?
Jika jawapan anda adalah “YA!”, harap terus membaca dan melanggani blog saya ini kerana saya akan membicarakan dan memberikan tips bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas dalam penulisan yang berikutnya.
Menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas ialah sebuah kerjaya dimana anda dapat melakukan berikut:
- Mengawal Masa Anda
- Mengawal Projek Anda
- Mengawal Hasil Kewangan Bulanan Anda dan yang paling menarik sekali
- Tidak Perlu Membuat Kerja Yang Tidak Di-ingini

Self-Employment
Namun begitu, walaupun ramai di antara kami yang bekerja sepenuh masa dibawah seorang majikan tidak gemar membuat kerja yang tidak di-ingini, itu tidak bermakna anda harus meletak jawatan dan terus menceburi industri sebagai seorang jurulatih/pensyarah bebas. Banyak lagi perkara yang perlu diteliti sebelum anda meninggalkan kerja sepenuh masa dan tulisan saya ini dan yang selanjutnya akan memberikan sedikit butir mengenainya.
Untuk tulisan yang pertama ini, saya akan membincangkan persediaan untuk menceburi bidang/industri sebagai seorang jurulatih/pensyarah bebas.
Seperti melaksanakan hidup seharian, kami perlu untuk membuat persediaan seperti mandi dan gosok gigi dahulu agar tidak berbau serta makan supaya mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Ini adalah sebuah persediaan yang paling asas yang diperlukan dan jika kami mempunyai sebuah pekerjaan, kami sudah pun membuat perancangan terlebih dahulu dengan membuat senarai semak.
Perancangan dan Persediaan adalah dua aspek penting bukan sahaja untuk menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas, ia juga adalah sebuah aspek penting yang diperlukan dan seharusnya diterap dan diamalkan setiap hari. Dengan ketiadaan Perancangan dan Persediaan dalam hidup seseorang, hidup seseorang itu tentu dalam keadaan tidak menentu arah.
Jadi, dua perkara yang utama yang perlu diamalkan oleh sesiapa yang ingin menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas, seseorang itu perlu lebih berdisiplin untuk melakukan berikut:
- Mempunyai sebuah senarai semak yang ingin dilakukan/dicapai setiap hari
- Membuat persediaan bagaimana ingin melakukan/mencapai apa yang dicatat di dalam senarai semak
- Penuh keyakinan diri untuk melaksanakan tugas yang sudah tertera di dalam senarai semak
- Mempunyai daya fokus yang tidak mudah terganggu
- Mampu membuat semua yang tertulis di atas setiap hari
Dengan adanya cara hidup yang lebih berdisiplin, hidup seseorang itu akan lebih teratur dan itu sangat penting bagi sesiapa yang ingin menjadi seorang jurulatih/pensyarah bebas.
Jadi, ini adalah kerja rumah anda buat masa ini sebelum saya teruskan dengan tulisan saya yang berikutnya.
Salam Hormat
Abdillah Zamzuri
Penulis ialah seorang jurulatih/pensyarah bebas berkelulusan Diploma Antarabangsa untuk Guru-guru dan Jurulatih dari Universiti Cambridge dan berpengalaman dalam melatih jurulatih-jurulatih baru bersama beberapa syarikat dalam negeri. Beliau juga adalah Pengarah syarikat By Definition Pte Ltd.
Pingback: Ingin Jadi Seorang Jurulatih/Pensyarah Bebas? – Bahagian 2 « Abdillah Zamzuri