Pengajaran Gentarasa 2012

(This entry will be written in Malay)

GENTARASA 2012 - Bagaimana Kalau, Gentar Gegarannya

GENTARASA 2012 – Bagaimana Kalau, Gentar Gegarannya

Saya nak ceritakan tentang pengalaman saya bekerjasama dalam pementasan ‘Gentarasa 2012 – Bagaimana Kalau, Gentar Gegarannya’ yang baru sahaja berakhir pada 26 Mei 2012.

Ini adalah kali kedua saya terlibat dalam Gentarasa (mesti awak tahu kalau ada baca tulisan saya yang sebelum ini) dan sememangnya, pengalaman kali ini sungguh berbeza berbanding dengan pengalaman sebelumnya kerana kali ini, saya bukan salah seorang penolong belakang pentas. Saya telah memegang watak Orang Kanan Tuan dimana saya adalah memainkan watak seorang yang gila kuasa (dah memang pun) dan tamak harta yang mengendahkan kebudayaan.

Pengalaman yang bermula pada bulan Februari di ‘I.AM STUDIO’ masih lagi jelas dalam ingatan. Ramai yang duduk menunggu giliran untuk masuk ke dalam ruang studio untuk diajar koreografi oleh Isham Rahmat dan Caca Hamoe. Alangkah terkejutnya saya apabila diajar koreografi tersebut! BUKAN MAIN SUSAH!

Dah lah saya ni dah lama tak menari, terakhir saya menari adalah pada tahun 2007 dan kemudian itu, banyak yang telah berubah termasuk sebuah kemalangan jalanraya dimana tangan kiri saya patah. Kaku saya dibuatnya menari hiphop yang tak pernah saya terfikir akan dapat saya pelajari selain dari menonton kaca televisyen ataupun menonton di panggung wayang.

Namun, itu adalah detik permulaan perjalanan dan pengalaman saya dalam Gentarasa 2012 dan dari situ juga dapat saya anggarkan bahawa Gentarasa 2012 ini akan penuh dengan kesakitan dan kelenguhan otot-otot.

Sepanjang latihan, saya dapati yang saya dah banyak terlupa mengenai cara untuk berlakon (kali terakhir berlakon adalah pada tahun 2009 untuk sebuah pementasan DownStage Left). Walaupun saya banyak mengajar dan mengarah, namun, mengajar dan mengarah amatlah berbeza apabila diri sendiri perlu membuat pementasan.

Walaupun begitu, saya telah mencuba dan harap lakonan saya sebagai Orang Kanan Tuan cukup memuaskan buat tontonan semua yang hadir.

Akhir sudah Gentarasa 2012 dan salah seorang daripada pelakon juga telah bermastautin di luar negara dua hari selepas selesai pementasan. Ramai teman baru, banyak titik peluh dan darah yang telah tumpah termasuk juga badan badan yang rapuh ke lantai sewaktu latihan akibat mistik dan cedera dan ada juga rakan seperjuangan yang telah meninggalkan kami, namun, apa yang tinggal, itulah kami – sama seperti kata-kata yang diluahkan di dalam skrip tulisan Anwar Hadi.

Harapan saya buat penggiat seni ialah untuk terus berjuang kehadapan tetapi usah lupakan keperluan dunia yang akan membawa makan ke meja (Macam kenal dari skrip kan?).

Buat teman seperjuangan dimana keluarga kurang memberi sokongan, saya ingin berkongsi kata-kata ayah saya apabila saya pernah tegur beliau kerana tidak menyokong apabila saya bermain bolasepak bersama kelab MILO satu ketika dahulu,

“Kalau kau betul-betul nak, kau tak akan kisah dengan apa orang nak cakap. Cekalkan hati, endahkan kata orang. Kalau nak ikut kata orang, tak akan kemana”

Share your thoughts on this post!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s