Sebelum Bulan Juli, Bulan Bahasalah!

Salam hormat pada semua!

Kami sudah pun memasuki kempen Bulan Bahasa, anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura yang baru dilancarkan semalam, 25 Jun 2011 di Perpustakaan Kebangsaan Singapura.

Bulan Bahasa pada tahun ini ada kelainan sedikit, disemarakan lagi dengan dendangan lagu-lagu rakyat yang diperbarukan oleh para DJ Warna dan Ria. Selain itu, Singapura juga ada tiga duta bahasa baru iaitu Dr Jazlan Yoosuf (pakar bidan dan sakit puan), Khairudin Saharom (pengacara dan arkitek) serta Norshin (anak kepada Marina Yusoff).

Pelbagai aktiviti telah pun dirancangkan untuk memupuk minat dan rasa cinta kepada Bahasa Melayu bukan sahaja dikalangan masyarakat Melayu Singapura, tapi juga kepada sesiapa yang ingin mempelajari atau mendekati lagi diri mereka dengan Bahasa Melayu.

Namun begitu, saya rasa pendekatan pada Bahasa Melayu harus dimulakan di rumah dan bangku sekolah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk penggunaan Bahasa Melayu di rumah dan para guru, untuk memupuk rasa cinta dan minat dalam Bahasa Melayu di sekolah. Tapi alangkah sedihnya kerana dalam zaman sekarang ini, ramai ibu bapa dalam lingkungan Generasi X dan Y sudah kurang menggunakan Bahasa Melayu di rumah dalam perbualan seharian kerana rasa lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai wadah komunikasi.

Saya juga diberitahu pelajar di sekolah sekarang sudah tidak diajar Bahasa Melayu dalam Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Melayu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai wadah komunikasi kepada pelajar Bahasa Melayu kerana pelajar sendiri tidak faham Bahasa Melayu. Amat mengecewakan dan ramai diantara pelajar yang tidak fasih berbahasa Melayu berasal dari keluarga Melayu dan bersekolah di sekolah ternama di Singapura.

Bukan nak dikecilkan atau dipermainkan tapi kalau pelajar rasa malu berbahasa Melayu kerana tidak mahu diketawakan atau dijadikan bahan ketawa, bagaimanakah pelajar itu boleh pertingkatkan penggunaan bahasa Melayu bak kata pepatah ‘Alah Bisa Tegal Biasa’.

Jadi untuk Bulan Bahasa ini, saya berharap orang Melayu Singapura akan menggunakan Bahasa Melayu dalam perbualan seharian sebanyak mungkin kerana kalau tidak orang Melayu sendiri yang melestarikan bahasa dan budaya, siapa lagi?

Akhir kata,

Duduk menghadap komputer riba,

Cuba blog berbahasa Melayu,

Kalau ada silap dan salah,

Ampunkan saya tak semua saya tahu.

About these ads

Share your thoughts on this post!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s